TELENOVELA Yang Akan Meletopz...!
Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan
Pakatan Rakyat masih
belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media
juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura
dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam
sesama sendiri.
Majlis Syura menganggap
isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’
tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu
tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.
Tetapi, Karpal menafikan
ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk
membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima
hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan
Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.
Menganalisis perkembangan
ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya
telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.
Ini kerana Majlis Syura
sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah
tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada
ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa
Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.
Di masa yang sama, Majlis
Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang
mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat
demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.
Ertinya, kedua-dua pihak
telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan
di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.
Justeru, perbalahan
antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan
skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu
Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung
bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur
kepada kehendak DAP....!
Bukan kita tidak tahu
bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat,
tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam
pentadbiran PR.
Isu kalimah ini, bukan
sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga
merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan
kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.
Sedangkan PAS pula perlu
menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan
Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti
itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi,
kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut,
pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu
pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.
Telenovela Kalimah Allah
ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti
itu masih se-‘Islam’ dulu. Justeru, ia perlu terus ditayang untuk
tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya. Skripnya juga
akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan
bercakaran.
Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.....
Bayangkan, sedangkan
Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak
sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat
Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.
0 comments:
Post a Comment