Sentuh Tangan Masih Boleh, Peluk Dan Aksi Ranjang Tak Boleh – Nur Fazura
Akhirnya
pelakon jelita, Nur Fazura tampil menjelaskan pendiriannya yang enggan
beraksi mesra dengan mana-mana pelakon lelaki. Ramai yang beranggapan
Fazura tidak mahu langsung bersentuhan dengan lelaki apabila berlakon
sehingga menimbulkan persoalan tentang gandingan terbarunya bersama
Shaheizy Sam.
Ditemui ketika majlis pelancaran drama terbarunya yang bertajuk Kisah Cinta, Fazura tampil memberi penjelasan. Kata Fazura:-
Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.
Fazura
juga melahirkan rasa terkejutnya apabila tindakannya menolak tawaran
watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin
menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. Kata
Fazura:-
Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain
Admin
suka dengan prinsip yang diamalkan oleh Fazura. Perlahan-lahan
perubahan dilakukan adalah lebih baik daripada tiada langsung. Semoga
Fazura satu hari nanti akan terus langsung tidak melakukan sentuhan
dengan mana-mana lelaki ketika berlakon. Good luck and all the best to
Fazura.
0 comments:
Post a Comment