Saya NASIHATKAN Abby Abadi TAUBAT NASUHA - Noor Kumalasari
DALAM
tahun ini ramai artis yang berubah. Yang dulu nakal, sekarang menjadi
lebih baik. Yang dulu tak pernah nak insaf-insaf, sekarang dan insaf.
Dulu nampak rambut beropol-ropol, sekarang sudah bertudung litup.
Apabila
seseorang itu memilih jalan untuk menuju kepada arah yang lebih baik
dalam dirinya, ia adalah satu rahmat yang tidak ternilai.
Malah dalam Al-Quran juga menuntut seseorang itu agar berubah kepada kebaikan apatah lagi ketika menginjak usia 40 tahun.
Hal itu turut disebut dalam surah Al-Ahqaf, ayat 15 yang berbunyi: "Sehingga
apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia
berdoa: "Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang
telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku
dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai, berilah kebaikan kepada
ku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
berserah diri.”
Jika seseorang itu mendapat hidayah lebih awal, dia seharusnya bersyukur terhadap anugerah itu.
Tapi sayang sekali, terdapat segelintir artis yang berubah hanya kepada imej dan corak pemakaian sahaja.
Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi kepada yang berkenaan itu, ambillah nasihat ini dengan cara yang baik.
Setiap
manusia diuji Tuhan dengan macam-macam ujian dalam hidup. Apabila kita
ingin menjadi seorang yang baik, ujian lebih banyak akan datang kepada
kita termasuklah dalam rumah tangga dan juga persahabatan.
Tetapi
saya agak kesal apabila ada artis yang baru sahaja memakai tudung,
berserban, mulalah dia melihat ada saja yang tak kena kepada orang lain
dan bukannya mahu melihat kepada kesilapan dirinya sendiri.
Lebih
malang sekali ada yang sanggup memperjudikan nasib di pentas politik
tanpa mengetahui mereka sebenarnya telah digunakan untuk kepentingan
pihak lain bagi meraih sokongan.
Jika
seseorang yang ikhlas itu mahu berubah, berubah sahajalah. Penuhilah
diri dengan ilmu agama terlebih dahulu dan bukannya mengambil jalan
untuk memburukkan antara satu sama lain.
Saya
puji bagaimana pelakon Noorkumalasari membawa diri. Apabila membuat
keputusan untuk memakai tudung litup, beliau meninggalkan terus dunia
seni.
Beliau
berjuang untuk memperbanyakkan amalan dalam diri yang kosong selama ini
serta berjaya membina keluarga mengikut jalan yang betul.
Beliau juga berusaha menjaga hubungannya bersama insan di sekeliling dengan baik.
Inilah perubahan yang harus dicontohi
oleh artis-artis yang membuat keputusan untuk berubah dan bukannya
berubah pada nama tetapi mulut pula tak habis-habis mencerca.
0 comments:
Post a Comment