Rita - Dedah Gaji Aidil Zafuan 50k, Tapi Bayar Nafkah Anak Berkira!
Menurut Rita, suaminya itu mampu memberikan nafkah kepadanya kerana mempunyai gaji yang agak lumayan setiap bulan.
“Dia(Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan
kontraknya sebagai pemain bola sepak di Johor Darul Takzim. Malahan dia
juga mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike. Bukankah
itu menunjukkan kemewahan hidupnya,” katanya.
Pelakon itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi
perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk
dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan
diri, bil dan rumah.
Jelasnya lagi, Aidil hanya akan mengirimkan wang sekali sekala dan
kebiasaannya wang tersebut akan dikirimkan apabila menghampiri waktu
perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.
Pelakon Sehangat Asmara, Rita Rudaini mendedahkan kepada pihak mahkamah bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka walaupun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.
0 comments:
Post a Comment