Pertembungan Antara Dua Saudara Tak Dapat Dielakkan Dalam PRU-13
WALAUPUN mereka bersaudara tetapi itu tidak bermakna mereka berada dalam barisan yang sama.
Ahli
parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad, 63, dan adiknya, ahli
parlimen Shah Alam, Khalid Samad, 55, adalah contoh terbaik.
Shahrir adalah orang Umno tetapi Khalid adalah ahli PAS.
Sejak awal lagi kedua-duanya bergerak di atas platform yang berbeza.
Walaupun
Shahrir terlebih dahulu menerjunkan dirinya dalam politik dengan
menjadi setiausaha politik Tun Musa Hitam sejak tahun 70an lagi tetapi
Khalid tidak pernah sama sekali melibatkan diri dengan Umno.
Sebaliknya
beliau memilih Pas. Sementara karier politik Shahrir ada pasang
surutnya tetapi beliau terlebih dahulu lebih berjaya daripada adik
bongsunya.
Karier politik Shahrir ada pasang surutnya tetapi beliau terlebih dahulu lebih berjaya daripada adiknya, Khalid.
Memenangi
kerusi parlimen Johor Baharu tanpa kalah sejak 1978 dan kemudian
dilantik menjadi menteri kabinet pada usia 28 tahun dan hari ini masih
lagi mempertahankan kerusi JB dengan penuh semangat.
Khalid pula hanya mula bertanding pada pilihan raya 1986 dan selepas itu diikuti pula pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.
Tidak
sepertimana Shahrir, Khalid tewas di ketiga-tiga percubaan dan hanya
berjaya pada percubaan keempat pada tahun 2008 di parlimen Shah Alam
dengan menumpaskan penyandang kerusi yang juga menteri pusat, Datuk Sri
Aziz Shamsuddin.
Khalid kini menyandang jawatan Ahli Parlimen Shah Alam.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, nampaknya kedua-dua bersaudara ini akan terus mempertahankan kerusi masing-masing.
Sementara
itu di Utara tanah air, kita juga bakal menyaksikan satu lagi
pertembungan antara dua bersaudara iaitu antara Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, 49, dan juga abangnya Datuk Sahlan
Ismail, 54, yang merupakan setiausaha politik kepada perdana menteri.
Saifuddin buat masa ini adalah ahli parlimen Machang Kelantan, perlu mencari kerusi baru.
Ini
kerana telah menjadi satu amalan tidak bertulis di negeri Kelantan,
bukan anak Kelantan cuma diizinkan bertanding tidak melebihi dua penggal
oleh PAS Kelantan di negeri itu.
Atas
sebab itu jugalah, Saifuddin yang berasal dari Kedah dan Salehuddin Ayub
yang berasal dari Johor perlu mencari kerusi baru menjelang PRU-13
nanti.
Salehuddin siang-siang lagi telah menyatakan yang beliau akan bertanding di kerusi Pulai, Johor kali ini.
Saifuddin perlu mencari kerusi baru.
Sehubungan
dengan itu, Saifuddin disebut-sebut akan memilih Kulim-Bandar Baru di
Selatan Kedah - kerusi yang sebelum ini disandang oleh Datuk Zulkifli
Nordin dari PKR sebelum menjadi ahli Bebas.
Kulim-Bandar
Baru bukanlah satu kawasan yang asing buat Saifuddin. Pada tahun 2000
beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri
Lunas yang terletak dalam parlimen berkenaan dan menang.
Sementara
abangnya, Sahlan Ismail, disebut-sebut akan diletakkan bertanding di
Parlimen Pokok Sena atau pun Dewan Undangan Negeri Bukit Lada.
Pokok Sena adalah tempat asal keluarga Saifuddin dan abangnya itu.
Jika ini benar berlaku, ia adalah percubaan yang pertama buat Sahlan.
Sahlan dijangka bertanding di Parlimen Pokok Sena.
Kerusi Pokok Sena kini disandang oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz pertama kali memenangi kerusi itu pada tahun 1999 tetapi kemudian tewas pada 2004 sebelum merampasnya semula pada 2008.
Berbanding
Saifuddin, Sahlan agak terkemudian bergerak aktif dalam politik
kepartian walaupun sebelum ini beliau sudah dikenali sebagai seorang
fisilitator dan aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau
telah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pegawai khas
sejak 1995 lagi sebelum diangkat sebagai setiausaha politik pada April
2008.
Tidak
sepertimana Shahrir-Khalid yang sejak dari awal lagi berkecimpung dalam
politik atas platform yang berbeza, Saifuddin-Sahlan tidak sebegitu.
Ini
kerana Saifuddin pernah bergerak aktif di dalam PAS dan kemudian Umno
dengan menyandang jawatan selaku setiausaha Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia pada era Datuk Ahmad Zahid Hamidi menerajui pergerakan itu
antara tahun 1996-98.
Namun begitu apa yang unik ialah kedua-dua bersaudara itu masing-masing pernah menjadi setiausaha politik.
Saifuddin pernah menjadi setiausaha politik menteri pertahanan dan kini Sahlan setiausaha politik kepada perdana menteri.
0 comments:
Post a Comment