Powered by Blogger.

PENGAKUAN BERANI!!! BOB LOKMAN LEBIH ISLAM DARI ARTIS LAIN.


Gua tak faham betul dengan artis yang kononnya berhijrah nak jadi baik dengan masuk Pas ni beb.. Asal je masuk politik parti serban tu, terus dorang perasan dorang je yang alim dan lebih islam dari orang lain..

Contoh yang paling jelas si Bob Lokman tu lah.. Selamba je dia kata artis lain yang tak masuk Pas tu makan rezeki yang tak elok.. Kononnya dia makan rezeki yang baik sebab dah join Pas..

Gua rasa, rezeki yang Bob Lokman dapat lagi la diragui sebab kerja dia sekarang asyik maki hamun pemimpin Islam yang memerintah negara.

Tu dah kira tak bersyukur pada Tuhan sebab Bob sendiri boleh hidup dengan aman dan tenang dibawah pentadbiran pemimpin yang dia maki hamun sekarang ni..

Tak ke bodoh namanya tu beb? Cuba korang baca apa yang Bob meroyan dalam wacana semalam di Shah Alam.. Nampak je macam cerdik tapi banghal sebenarnya si Bob tu..




Beliau ditanya moderator Wacana Sinar Siri ke-18, Profesor Madya A Razak Mohideen, adakah pendapatan sebagai seorang artis itu haram di sisi Islam.

Bob Lokman berkata, umpama makan dalam sebuah pinggan, makanan yang disuap ke dalam mulut itu tidak haram tetapi pinggannya yang kotor.

“Bukan saya kata mengambil duit daripada lakonan itu berdosa, saya kata, pinggan yang buat kita makan itu 'kotor’, bukan perbuatan makan itu yang kotor. Pinggan itu yang kotor,” katanya pada wacana yang diadakan semalam.

Ketika ditanya mengapa beliau 'tidak membersihkan pinggan yang kotor' itu, Bob Lokman menjawab, kerajaan yang memerintah bertanggungjawab untuk memastikan ‘pinggan yang dimakan’ oleh rakyatnya itu bersih.

Beliau berkata, untuk membersihkan pinggan itu memerlukan tiga perkara iaitu: “Pertama dengan cara ‘mari kita bersihkan’, tetapi siapa saya?

“Kedua, ‘menyuruh kepada benda baik’. Menyuruh itu bukan sebarang orang boleh buat, kalau tiba-tiba saya suruh orang, ‘kau budak pergi sembahyang, budak itu kata kau siapa?’

“Yang ketiga judi itu haram, kononnya sewa bas ke Genting Highlands untuk menghalang judi tetapi di sana judi dihalalkan sebab berlesen. Jadi kerajaan bertanggungjawab untuk membersihkan 'pinggan' itu, bukan saya yang akan membersihkannya," katanya.

Menurutnya, apa yang boleh beliau lakukan ialah memberitahu bahawa jangan gunakan pinggan itu kerana ia kotor.

1 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers