Powered by Blogger.

Pencuri Galaxynote kantoi dek Facebook & Instagram !!!


Salam ... entry kali ni bukan pasal politik , tapi pasal pencuri handphone (Galaxynote) yang paling bodoh di Malaysia. Okay ringkasan cerita ... mangsa Patrick Lim terbabas keretanya kerana nak mengelak motorsikal yang datang secara tiba2 entah dari mana di Menara PGRM , Taman Shamelin . Mangsa keluar dari kereta untuk melihat keadaan kereta dengan meninggalkan telefon Galaxynote di seat penumpang. Ada seorang penunggang motorsikal menawarkan diri untuk membantu , dan mengambil tempat duduk pemandu untuk cuba mengalihkan kereta yang terbabas tadi . Dalam situasi yang panik itu, Patrick Lim tak sedar handphone Galaxynote beliau telah di'cilok' oleh orang yang kononnya nak membantu tadi ...
Ok.. yang menariknya, si pencuri phone tadi menghadiahkan Galaxynote tu pada girlfriend . Dan si girlfriend pulak menggunakan aplikasi Instagram tanpa logout. Apa lagi.. kawan2 Facebook Patrick Lim naik pelik la kenapa ada gambar awek di Facebook beliau .. maka masing2 'share' gambar awek tu di Facebook untuk tangkap si pencuri Galaxynote . Akhirnya ada orang dapat 'cam' awek tu .. ingat lagi kes seorang wanita yang kematian anak akibat didera oleh boyfren dari Sudan ? Melalui bantuan kawan2, Patrick Lim berjaya dapatkan nombor perempuan tu .. sms minta balik Galaxynote , tapi perempuan tu kata tak tahu apa2 pasal Galaxynote tu.... menipulah tu .



Pusing punya pusing, depa dapat tahu siapa mamat yang mencilok Galaxynote tu ... semuanya melalui Facebook gak! hahaah ... si pencuri ni siap tulis dalam 'timeline' Facebook 'rezeki terpijak' dalam tempoh si Patrick Lim ni hilang Galaxynote beliau... one more thing mamat ni suka check in kat mana dia ada dalam Facebook ! Tolong sebarkan ye... kesian budak tu baru pakai Galaxynote 2 bulan dah kena cekau , dengar kabar Galaxynote tu pun bayar installment .

Bagi orang2 di luar sana...Tolong jangan anggap ini isu perkauman . Aku tau ada yang cuba menjadi perkauman hanya disebabkan yang menjadi mangsa adalah kaum Cina . Ramai lagi Melayu di luar sana yang simpati dengan mangsa. So please reserve your cynical comments !!!

0 comments:

Post a Comment

Followers