Powered by Blogger.

OPS DAULAT..!!! JACEL TIRAM TIPU STATUS AGBIMUDDIN...???!!!

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan "puteri palsu", Jacel Kiram, yang mengatakan abangnya, Agbimuddin masih lagi berada di Sabah. Kononnya dia baru cakap telefon dengan abangnya yang berumur 72 tahun tu...
Kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan pihak PDRM yang sebelum ini mengatakan bahawa anak lelaki Jamalul Kiram tu dah melarikan diri dengan pengikutnya dari bumi Sabah...
Mana satu yang betul? Teruskan membaca kat bawah...


Pada aku, aku lebih percaya pada kenyataan dari PDRM. Sebab sumber dari PDRM lebih reliable berbanding Jacel yang "palsu", kan?
Lagipun Jacel boleh cakap apa saja dan perbualan telefon dengan Agbimuddin boleh dibuat dari mana-mana lokasi. Contohnya, Agbimuddin boleh berada di depan rumah Kiram di Manila, tapi mengaku ada kat Sabah, kan?
Mungkin Jacel sengaja cakap macam tu sebab nak cover malu abangnya yang mencecet lari dikejar Komando 69..!!! Heh! 
Cuma, aku sarankan agar wira-wira negara kita gempur habis-habisan seluruh Sabah dan kalau perlu cari Agbimuddin sampai dapat tak kira di dalam atau di luar negara.
Kalau dia ada di luar negara sekali pun, pastikan dia diekstradisi ke Malaysia untuk dijatuhkan hukuman mati atas jenayah yang dibuat di negara orang. Jacel dan Kiram hanya layak dapat mayatnya saja lepas ni...
Ayuh gempur lagi sampai habis pengganas tu. Jangan biar seorang pun terlepasss..!!! Allahu Akbar..!!!

0 comments:

Post a Comment

Followers