KANTOI !!! TUJUH DOSA BESAR !!! SUBKY LATIF MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???
Saya merujuk tulisan Subky Latif di dalam Harakah Daily bertarikh 21.03.2013 bertajuk “Tujuh Dosa Besar Kedua”.Di dalam artikel ini,Subky Latif cuba mengaitkan parti pemerintah dengan “tujuh dosa besar”
sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah
hadis.Tindakan Subky ini adalah sebagai respon beliau terhadap ucapan
YAB PM yang menyatakan ada tujuh dosa besar yang dilakukan oleh kerajaan
Pas Kelantan terhadap rakyat negeri itu.YAB PM tidak pernah mengaitkan
tujuh dosa itu dengan tujuh dosa besar yang disebut oleh
Rasulullah,tetapi seperti biasa pemimpin dan hulubalang Pas sememangnya
tebal dengan sangkaan-sangkaan buruk lalu mengandaikan PM telah merujuk
kepada hadis itu dan menuduh kerajaan Pas Kelantan termasuk dalam
kumpulan orang-orang yang diterangkan di dalam hadis
berkenaan.Seterusnya Subky telah bertindak selangkah ke hadapan.Beliau
menukilkan hadis berkenaan,memperjelaskan dosa-dosa besar itu dan
menghubungkaitkannya dengan pemimpin BN.Tidak mengapalah.Jika Subky
boleh,saya juga boleh!
Dosa yang pertama,syirik kepada Allah.Subky mengakui di kalangan orang
Islam di dalam BN,tiada yang menyembah batu dan berhala,perbuatan yang
menunjukkan kesyirikan yang jelas.Tetapi beliau mengaitkan tindakan
kerajaan BN tidak melaksanakan hudud sebagai tindakan melawan perintah
Allah dan ini boleh menjatuhkan kepada syirik.Mengambil hujah
Subky,alangkah ramainya manusia yang syirik di seluruh dunia.Di kalangan
negara-negara Islam,cuma Arab Saudi sahaja yang melaksanakan hudud,
maka rakyat negara-negara lain yang mendokong kerajaan mereka tentulah
berhadapan dengan syirik juga.Mudah sungguh Subky menjatuhkan hukum.Pun
begitu,Subky terlupa atau buat-buat lupa.Pas Selangor juga melawan
perintah Allah.Allah haramkan arak.Pas Selangor tidak mematuhi perintah
itu,dibiarkan sahaja arak dijual bebas di kedai-kedai 7-Eleven kerana
takut dengan sergahan DAP.Apakah DAP lebih berkuasa dari Allah??? Tidak
syirikkah itu ???
Saya tidak menuduh Pas syirik hanya kerana tidak berkemampuan mengawal
penjualan arak di Selangor.Tapi mengapa Subky berkokok berderai-derai
sedangkan ekor Subky dicemari tahi ???
Rujuk juga kisah Pas Kedah yang membatalkan keputusan penutupan pusat
hiburan dan karaoke di bulan Ramadan.Kesimpulannya sama,Pas takutkan
DAP,lebih dari takutkan Allah !!! Dosa kedua,membunuh manusia lain tanpa
haq.Secara halus,Subky cuba mengaitkan kes Altantuya yang dipalitkan
kepada PM.Saya berdoa semoga Subky segera bertaubat.Andai palitan itu
palsu dan Subky mati tanpa sempat bertaubat,PM Najib bolehlah menuntut
pembalasan di mahkamah mahsyar nanti.Dosa ketiga,sihir.Sekali lagi Subky
mengaku tiada perkaitan jelas antara penyokong BN dengan sihir.Tetapi
dia masih sempat merujuk kepada budaya menemui bomoh untuk mengetahui
tarikh pilihanraya.Soalnya,siapakah yang melakukan perbuatan itu (jika
ada) ??? Semata-mata BN atau di kalangan PR pun ada ???
Di dalam kertas putih mengenai peristiwa Memali,disiarkan gambar-gambar
puak Ibrahim Libya yang meninggal dan yang ditangkap.Di antara mereka
ada yang bertangkal.Tidakkah itu mendekati khurafat,kalau pun masih
tidak dikatakan sihir ???
Dosa keempat,makan riba.Subky menjulang kerajaan negeri Kelantan kerana
memindahkan akaun simpanan tetapnya ke Bank Islam sebaik menerajui kuasa
22 tahun yang lalu.Alhamdulillah,itu keputusan yang tepat.Namun setelah
22 tahun,hanya itulah yang mampu diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri
Kelantan mengenai kecekapan mereka menerajui ekonomi negeri.Ada pun
projek-projek ekonomi yang dicanangkan selepas itu,antaranya projek
tanaman depu,projek kambing jamnapari sehinggalah kepada projek carigali
emas,semuanya gagal dan terbengkalai.Projek Ladang Rakyat lebih
terkenal dengan isu merampas tanah orang kampung.Manakala pembinaan
lebuh raya hanyalah dijadikan alasan untuk mengutip derma!
Ketidakcekapan pengurusan ekonomi menyaksikan puluhan ribu anak muda
Kelantan berhijrah mencari makan di negeri orang.Pemimpin Pas Kelantan
beri alasan,orang Kelantan memang sifatnya suka berhijrah.Dan dengan
alasan itu,apakah mereka dikira terlepas dari tanggungjawab membangunkan
ekonomi negeri ??? Jawablah di hadapan Allah nanti.
Dosa kelima.makan harta anak yatim.Sungguh jauh pandangan Subky apabila
mengaitkan kegagalan kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti sebagai
dosa makan harta anak yatim yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kononnya
royalti itu antara lain turut terdapat hak anak-anak yatim di
Kelantan,maka menahan pemberiannya dikira mengambil harta anak
yatim.Bukankah isu royalti ini telah dibawa ke mahkamah.Tunggulah
keputusan mahkamah nanti.Jika benar Kelantan ada hak dan hal yang
sedemikian disahkan oleh mahkamah barulah kerajaan Pas Kelantan boleh
berkokok jika kerajaan pusat tidak membayarnya.Belum pun ada keputusan
mahkamah,Husam sudah pun memasukkan royalti sebagai hasil pendapatan
negeri untuk belanjawan tahun hadapan.Alangkah terdesaknya mereka
mencari duit!
Mohon juga Subky membaca buku C.N.Afghani,tentang tabung anak yatim
Memali yang disonglap oleh pimpinan Pas. Kalau isu royalti boleh Subky
kaitkan dengan dosa makan harta anak yatim,isu tabung Memali kenapa
Subky buat-buat tak menegerti ???
Dosa keenam,lari dari peperangan.Subky kata negara kita belum ada
sejarah peperangan.Maka tidak timbul isu lari dari peperangan. Di dalam
kes Lahad Datu,Subky menempelak kerajaan kerana lambat bertindak.Tidak
lari,tetapi lambat,kata Subky.Suka saya kongsikan dengan Subky,jika lari
dari peperangan sudah dikira dosa besar,maka ringankah dosa orang yang
bertanggungjawab mencetuskan peperangan ???
Jika Subky boleh menuduh Najib terlibat dalam kes Altantuya,saya juga
boleh mengesyaki penglibatan Anwar memprovokasi kaum Sulu Filipina untuk
menyerang Malaysia.
Dosa ketujuh,menuduh wanita baik berzina.Subky kata belum kedengaran mana-mana muslimah yang dituduh berzina.Namun ada “orang tertentu” didakwa atas ikut budaya kaum Lut,tetapi belum disabitkan.Kiranya mengikut Subky,menuduh “orang tertentu”
sebagai pengamal homoseksual itu ada irasnya dengan dosa ketujuh
ini.Insya Allah,kita sama-samalah berdoa semoga kebenaran tentang “orang itu”
akan didedahkan oleh Allah.Sambil itu,saya menyarankan Subky
belek-belek juga akhbar Harakah yang lama-lama.Akan beliau temui artikel
Harakah yang menuduh Ummi Hafilda sebagai pelacur dan Ummi menang kes
samannya terhadap Harakah.Mungkin Subky berpendapat Ummi Hafilda bukan
wanita baik,tidak sebaik Abby Abadi.Namun tuduhan yang dibuktikan oleh
mahkamah sebagai palsu tetaplah satu fitnah.Telah terakam di dalam
sejarah Mal
0 comments:
Post a Comment