Powered by Blogger.

Jui Meng sesal sertai PKR, merajuk tidak dapat bertanding di Gelang Patah?

JOHOR BAHARU 28 Mac - Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng tidak hadir semasa veteran DAP Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah, pada majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai dua minggu lepas.

Jui Meng didakwa merajuk kerana sebelum ini dikatakan menaruh harapan untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, tetapi dibantah DAP Johor yang mahu meletakkan calonnya merebut kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina itu.

Kini kelibat Jui Meng di Johor tidak kelihatan sejak dua minggu lepas, menguatkan lagi anggapan bekas menteri kesihatan itu merajuk dan mengambil pendirian mendiamkan diri.

Percubaan media untuk menghubungi Jui Meng juga menemui jalan buntu sejak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Kit Siang.

Ketua Biro Guaman PKR Johor, Jimmy Phuah yang dihubungi Bernama hari ini berkata, ketika ini Jui Meng masih Pengerusi PKR negeri walaupun ada spekulasi beliau mahu melepaskan jawatan itu kerana merajuk.

"Beliau bercuti dan kemungkinan minggu depan beliau ada. Saya tidak pasti (sama ada Jui Meng merajuk) tapi beliau masih Pengerusi PKR Johor dan akan balik bertugas," katanya.

Pertikaian antara PKR dan DAP Johor berkenaan kerusi Parlimen Gelang Patah telah lama berlaku sebelum pengumuman pencalonan Kit Siang di situ. Ia menyebabkan perselisihan faham yang serius dan terbuka antara Jui Meng dengan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang turut berminat bertanding kerusi itu.

Sejak 1999, kerusi Parlimen Gelang Patah secara tradisinya ditandingi calon-calon PKR dan sebelum itu oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) menentang calon BN.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon BN, Tan Ah Heng yang mengalahkan calon PKR, Dr. Zaliha Mustafa dengan majoriti undi lebih 8,000. -

0 comments:

Post a Comment

Followers