Powered by Blogger.

isah bakal PM dengan private jetnya...

Sejak seminggu lepas banyak diperkatakan di blog-blog tentang Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya menggunakan sebuah jet eksekutif untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah serta Sarawak untuk majlis ceramah pak-khatan rakyat pertengahan September. Perkara itu bukan cerita kosong kerana banyak gambar-gambar tersebar dalam internet yang mana sumber asal gambar tersebut dimuat naik oleh Tian Chua melalui akaun twitter. Tujuan Tian Chua memuat naik gambar itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjuk rasa bangganya kerana dapat terbang dengan jet eksekutif. Tidak ubah seperti beruk yang mendapat bunga. Hari ini akhbar melaporkan kenyataan Tian Chua yang berkata pesawat tersebut adalah sebuah pesawat yang disewa.

0 comments:

Post a Comment

Followers