Hebat! TPM test drive helikopter Agusta AW 189 di Langkawi
Gambar : TPM menunjukkan tanda jempol, good, bagus, ketika mencuba
menaiki helikopter Agusta AW 189 yang dipamerkan di Mahsuri
International Exhibition Centre tengahari ini.
Industri aeroangkasa Malaysia berkembang 9.4 peratus pada 2012
Industri aeroangkasa Malaysia tahun lalu berkembang 9.4 peratus
kepada RM30.3 bilion berbanding 2011 dan menyumbang 3.23 peratus kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menurut Laporan Industri Aeroangkasa Kumpulan Industri-Kerajaan
Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might), perolehan berkenaan disokong
oleh aktiviti syarikat penerbangan yang aktif terutamanya syarikat
penerbangan tambah rendah, pengembangan perniagaan pembuatan aeroangkasa
dan perkembangan positif dalam subsektor lapangan terbang.
"Perkembangan positif industri juga merupakan hasil daripada
pelaksanaan projek-projek pelaburan termasuk Eurocopter, BHIC
Aeroservices dan Sepang Aircraft Engineering," demikian menurut Might
dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan berkenaan, bersama-sama dengan Laporan Industri Maritim, dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.
Might berkata menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),
tahun lepas juga merupakan tahun yang baik bagi pelaburan langsung asing
dan pelaburan langsung domestik.
"Sebanyak 11 projek diluluskan tahun lepas bagi industri aeroangkasa
dengan pelaburan berjumlah RM2.3 bilion yang mewakili 30 peratus
daripada industri peralatan pengangkutan.
"Dari segi pewujudan pekerjaan, projek-projek yang diluluskan
dijangka mewujudkan 2,739 peluang pekerjaan kebanyakannya dalam
subsektor pembuatan aeroangkasa," katanya.
Ia berkata eksport negara tahun lepas bernilai kira-kira RM2.2 bilion
yang terdiri terutamanya daripada komponen dan peralatan aeroangkasa,
manakala import melibatkan pesawat, bahan mentah dan alat ganti bernilai
RM13.2 bilion.
"Perbezaan antara import dan eksport boleh dikurangkan dengan ketara
melalui penempatan komponen dan alatan pesawat seperti pengeluaran bahan
mentah pengeluaran aeroangkasa yang akan menjadi strategi cadangan
pelaburan akan datang bagi MIDA dan Might," katanya.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment