Hajat Besar DAP Di Johor Tidak Boleh Dipandang Ringan
PENULIS harap tidak ada siapa percaya 
bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, 
adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.
Dengan kedudukan semasa parti itu yang 
semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, 
adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan 
kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari 
kawasan kuatnya di Ipoh Timur.
Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?
Dari apa yang penulis nampak, pemindahan 
Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen 
negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan 
datang.
Kemasukan Kit Siang  ke negeri kubu kuat 
UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi 
calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang 
cina.
Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.
Di kalangan pengundi Melayu luar dan 
pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama 
sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang 
diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan 
diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.
Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu 
kawasan bandar.  Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep
 pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar
 terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik 
sekali.
Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.
Senario inilah yang diharapkan Kit Siang 
akan berlaku.  Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, 
meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.
BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan
 baik.  Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih
 8,000 undi pada 2008,  tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan 
berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.
Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Maaf tuan... sebelum ini blog tuan dilanda Malware... sebab itu SH buang link... tapi nampak gayanya semua dah ok... SH pautkan semula... tq.
ReplyDelete