Powered by Blogger.

EIRA HANGAT SEBELUM KAHWIN LAGI!!!


SYED pasti ramai yang memang tahu tentang pertelingkahan antara Zarina Anjolie Lavocah dengan Lufya yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan. 

Kes mereka ni pun tak besar mana, tapi nampaknya memang sukar untuk mencari jalan damai.

Syed berpeluang bertemu dengan Zarina baru-baru ini ketika dia memperagakan baju biru turquoise koleksi Ariff Shukor dengan kerjasama Rafflesia minggu lalu. 

Bila ditanya perihal kes tersebut, nampaknya Zarina memang tekad tak mahu berbaik langsung dengan Lufya.

“Saya tidak pernah cari pasal pun dengan dia. Dia yang mulakan dan dia juga yang banyak bercakap tentang hal saya. 

"Jadi untuk apa saya berhubungan dengan dia kalau akhirnya orang akan anggap saya yang salah.

“Memang kami berkawan. Dia pun dah minta maaf atas apa yang berlaku tapi yang menjadi masalahnya kenapa dia perlu buat lagu untuk saya? Sibuk-sibuk nak menyanyi sebagai tanda minta maaf.

“Itu bukan nak minta maaf tapi nak buat provokasi pada saya. Jadi lantak dialah. Saya tak peduli apa yang nak jadi sebab fokus saya nak cari duit dan terlibat dalam bisnes. Malas nak bergaduh dengan orang sebab isu remeh.

“Saya tak perlu ada hubungan dengan dia dan tak perlu ada apa-apa hubungan pun!" kata Zarina lagi.

Hmmm... Suka hati Zarinalah. Apa lagi nak buat kalau dia sendiri dah cakap macam tu. Tapi sekarang khabarnya Zarina dah mengeluarkan produk Ched Solid Perfumes. Eloklah macam tu, setidak-tidaknya ada hasil juga.

0 comments:

Post a Comment

Followers