Powered by Blogger.

DJ Wanita Ini Pernah Di Offer Filem Porno

Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan mustahil bagi Ay Claudia. Model yang kini menceburi bidang suara dan DJ ini tidak mahu keriernya hanya bertumpu sebagai artis semata-mata. Penampilan seksinya dalam filem 'Ku Tunggu Jandamu' telah menaikkan namanya sebagai artis yang seksi dan berani.

Wanita berdarah Jawa-Midanao ini memulakan kariernya dalam dunia hiburan menerusi industri modeling.

Pada mulanya beliau agak kurang percaya dengan keupayaan dirinya dek kerana ketinggiannya yang tidak mencukupi, namun itu tidak mematahkan semangat beliau. Terus mencuba, akhirnya beliau diterima untuk beraksi seksi dalam majalah dewasa.

Kebanyakan masyarakat mula melabelnya sebagai model erotik, tetapi Ay tetap tenang. Gadis berusia 25 tahun ini berkata, apa yang dilakukannya adalah profesional dan sebahagian dari seni.

0 comments:

Post a Comment

Followers