Powered by Blogger.

DAPig Buang Orang Lama Di Ipoh Barat & Batu Gajah...!


Setakat ini usaha terancang Nga dan Ngeh untuk mengenepikan mereka yang tidak 'sebulu' dengan mereka di Perak berjalan lancar..! Mula mula digerakkan rancangan jahat Kit Sial yang penuh muslihat  untuk meninggalkan Ipoh Timur ke Gelang Patah. Itu hanya helah bagi membuka 'jalan' musuh dalam selimut mereka selama ini pergi.

Mengikut sumber, game untuk menolak Fong Po Kuan Ahli Parlimen Batu Gajah yang sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat telah mula berjalan sejak tahun lepas lagi. Namun Fong tetap dengan kedegilannya menolak untuk 'berhijrah' ke Johor disebabkan suaminya merupakan pengerak DAPig disana.

Fong tahu bahawa tawaran perpindahan ke Johor merupakan tiket 'maut' bagi dirinya untuk meninggalkan kerusi yang didudukinya sejak dari anak dara hingga la sekarang.

Begitu juga dengan Kulasegaran di Ipoh Barat. Kula yang sebelum CEC 2012 telah dilicutkan jawatan dari DAP negeri Perak jelas merupakan ancaman dalaman kepada kekuasaan Ngeh dan Nga didalam DAPig Perak.

Kini, nama mereka sudah tidak lagi tersenarai sebagai calon DAPig pada pilihanraya umum yang ke 13 akan datang, kedua duanya di ganti oleh Wong Kah Woh di Ipoh Barat, sementara V. Sivakumar menggantikan Fong di Batu Gajah.

Tidak dapat maklumat lanjut berkenaan Wong Kah Woh namun semua orang pasti masih ingat siapa Sivakumar. Sivakumar@speaker gila bawah pokok nampaknya akan dibawa sebagai calon ke gelanggang Parlimen. Sekarang ini Sivakumar merupakan ADUN Tronoh yang berada didalam Parlimen Batu Gajah.

Macam Sivakumar ni kalau duduk Parlimen lagi teruk sakit dia ni..! lagi dahsyat meroyan dia nanti..!

0 comments:

Post a Comment

Followers