Powered by Blogger.

Chua Jui Meng Dikhianati Demi Selamatkan Bang Non?


Chua Jui Meng Dikhianati Demi Selamatkan Bang Non?
Sudah menjadi kebiasaan kepada PR apabila sesuatu musibah berlaku kepada mereka pihak yang akan dipersalahkan ialah UMNO BN seolah-olah UMNO BN tidak ada kerja lain selain daripada mencari kesalah mereka. Itu persepsi yang cuba mereka serapkan di dalam fikiran rakyat Malaysia.

Kisah video Bang Non nampaknya kali ini tidak mendapat tempat di kalangan pemimpin UMNO BN untuk mendapatkan political mileage dalam cubaan memburukkan PR. Satu pendekatan yang wajib dipuji kerana kita sedia maklum, kebajikan dan kesejahteraan rakyat berada di atas sekali dan itu lebih baik daripada melayan lakonan dan juga perangai buruk kepimpinan PR.

Umum mengetahui bahawa kreabiliti Bang Non umpama berada dibawah tapak kaki rakyat. Satu kedudukan yang begitu hina untuk diangkat menjadi seorang pemimpin hebat mentadbir negara. Bukan kita sahaja yang tahu tapi Bang Non pun tahu nasib yang bakal menimpa dirinya. Itu mungkin hasil kaji selidik pencacai-pencacai beliau yang meletakkan beliau sebagai Anugerah Tuhan.

Pengumuman beliau untuk tidak bertanding di kubu kuat beliau bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Tindakan tersebut adalah untuk menyelamatkan nyawa politik beliau yang semakin teruk merundum hasil daripada pendedahan video seks terbaru dan ditambah dengan percakapan beliau dengan seorang yang berperwatakan lembut. 2 perkara ini sudah cukup untuk menguatkan dakwaan bahawa beliau layak diberi gelaran Papa Homo oleh masyarakat.

Tidak mustahil kawasan sasaran yang akan ditandingi oleh Bang Non bukanlah majoriti Melayu tetapi dikawasan yang majoritinya bukan Melayu. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya cukup mudah, masyarakat bukan beragama Islam tidak begitu mengambil berat tentang moral seseorang pemimpin mereka tetapi lebih kepada kemampuan pemimpin tersebut untuk meyakinkan mereka bahawa mereka akan terbela andai undi diberikan.

Contoh yang paling senang untuk kita fahami adalah bagaimana Chua Soi Lek yang kantoi video seks beliau tersebar dan dinafikan hak sebagai Ahli Parlimen mampu membuat come back dan akhirnya menjawat jawatan paling tinggi dalam parti yang dikuasai oleh kaum cina iaitu MCA.

Perkara ini tidak mustahil terjadi kepada Bang Non dalam menyelamatkan nyawa politik beliau. Andai beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu peluang untuk menang agak tipis. Apa yang mampu beliau lakukan adalah dengan meminta pertolongan DAP untuk menyerahkan satu kerusi selamat untuk ditandingi oleh beliau. Mungkin ada yang tertanya dimanakah kerusi tersebut.

Jawapan nya ialah di kerusi Ipoh Timur tempat dimana Lim Kit Siang berada dan menghantar LKT ke Johor. Agak malang keputusan ini bakal memusnahkan impian Chua Jui Meng yang mengidam kerusi parlimen Gelang Patah.

Inilah mainan politik Bang Non yang rela mengkhianati orang lain demi survival politik sendiri. Di dalam UMNO perkara ini pernah terjadi kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sama-sama kita tunggu apa sebenarnya berlaku..Fikirkan Bersama.

0 comments:

Post a Comment

Followers