BREAKING NEWS! Demo Cina Melayu Bertembung Di Komtar
Hari ini
selepas solat Jumaat 2 demo bertembung di Komtar.Gabungan NGO Islam
Pulau Pinang telah membuat bantahan mengenai keceluparan Lim Guan Eng
yang menuntut agar nama Allah digunakan didalam Kitab Bible.200 orang
daripada NGO Gabungan Islam berarak dari Masjid Simpang 6 sebaik saja
selesai bersolat Jumaat dan terus ke Bangunan Komtar.
Satu kumpulan
lagi yang disertai lebih 150 orang berbangsa Cina dan India iaitu NGO
1Malaysia Brothers pula menyuarakan protes kerana Lim Guan Eng tidak
menunaikan janji manifesto.Mereka turut mendesak Lim Guan Eng dan regim
DAP Pulau Pinang memberi penjelasan mengenai projek terowong dasar laut
bernilai 6.3billion.
Mereka juga
mendesak agar DAP menghentikan kegiatan cybertrooper DAP yang membuat
ugutan keganasan,gengsterism dan ugutan ganguan seksual.Mereka juga
menuntut agar regim DAP memberi penjelasan dimana lokasi dan unit rumah
murah yang didakwa kerajaan negeri DAP pernah bina.
Mereka menuntut
pendirian Lim Guan Eng mengenai Lynas sedangkan Anwar Ibrahim berjanji
operasi kilang Lynas di Gebeng Kuantan boleh diteruskan.
Mereka juga
mempersoalkan kenapa rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang perlu
mendapat kebenaran Lim Guan Eng untuk mengunakan nama “Penang” !
0 comments:
Post a Comment