Powered by Blogger.

38 pengganas Sulu mahu kes mereka disiasat semula


MANILA: Seramai  38 orang yang dituduh pengganas Sulu yang ditahan Tawi-Tawi meminta  Jabatan Kehakiman (DOJ) Filipina melakukan penyiasatan semula terhadap tuduhan jenayah ke atas mereka.
Kelompok pertama 38 pengganas dari Sultan Jamalul Kiram III akan menghadapi tuduhan di Filipina ekoran serangan mereka di Sabah sejak sebulan lalu, lapor Xinhua semalam.
Tertuduh yang kini ditahan di pengkalan angkatan laut di Panglima Sugala, didakwa memiliki senjata api secara haram dan menghasut perang dan mengangkat senjata dalam usaha mereka merebut kembali Sabah dari Malaysia.
Dengan dibantu oleh ketua peguam awam, Persida Rueda-Acosta, kelompok ini mahu mahkamah daerah Tawi-Tawi mengarahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) melakukan penyiasatan semula terhadap mereka.
Dalam kenyataan empat halaman, lelaki yang ditangkap mengatakan mereka tidak diberi peluang  yang cukup untuk menyangkal tuduhan yang diajukan oleh Jabatan Kehakiman di mahkamah minggu lalu.
Bayar jaminan

Oleh kerana itu, mereka meminta mahkamah secara khusus memerintahkan Jabatan  Kehakiman  melakukan penyiasatan awal di mana mereka akan diberi kesempatan untuk mengaju balas tuduhan.
Mahkamah Tawi-Tawi juga diminta untuk memungkinkan 38 tertuduh membayar jaminan pembebasan sementara bagi mereka.
Sekitar 200 pengikut Kiram mendarat di Sabah bulan lalu. Sepuluh anggota pasukan keselamatan Malaysia dan lebih berpuluh pengganas bersenjata Sulu terbunuh.
Sementara itu, lebih  100 pengganas Sultan Sulu yang ditahan akan dihadapkan di makamah di Sabah.
“Semua 107 pengikut Sulu itu didakwa atas tuduhan pemilikan senjata, masuk ke Malaysia secara haram dan memiliki dokumen peribadi yang meragukan,” ujar Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

0 comments:

Post a Comment

Followers